Lahad Datu : Penduduk Diberi Rumah Baru

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersedia membantu untuk membina rumah mesra rakyat bernilai RM65,000 kepada mangsa-mangsa akibat pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata hari ini, SPNB memberi keisimewaan kepada penduduk terlibat dengan mempercepatkan kelulusan permohonan sebelum rumah mesra rakyat itu dapat dibina ditapak rumah mereka yang musnah akibat serangan tersebut

“Bagaimanapun setiap permohonan yang dikemukakan oleh penduduk di Lahad Datu serta kampung-kampung terlibat perlu memenuhi syarat permohonan rumah mesra rakyat yang ditetapkan oleh SPNB,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan dewan serba guna bernilai RM3.8 juta di Kem Terendak di sini hari ini. 

– KOSMO!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*