Lahad Datu : Sumpah Seorang Perjuang! [Video]


Saya juga terkena tembakan curi dan hampir terkorban – Qaiyum

“Selagi masih bernyawa dan termampu, saya akan teruskan perjuangan mempertahankan negara yang tercinta ini. Saya tidak akan berundur. Itu sumpah saya kepada rakan-rakan yang terkorban”.

Demikian ungkapan semangat wira negara Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zulkilfi, 22, anggota VAT 69 yang cedera ditembak dibahu kanan ketika bertempur dengan militan Sulu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, awal bulan lalu.

Menceritakan semula detik cemas yang berlaku, Mohammad Qaiyum yang berada dalam kumpulan Delta ketika itu sedang memberi bantuan kepada kumpulan Bravo dan Charlie yang diserang hendap sebelum kejadian.

“Mereka (pengganas) telah menunggu kami dan melepaskan tembakan kepada kami, dengar daripada tembakan itu memang padat… paling kecil M16 digunakan dan saya juga terkena tembakan curi dan hampir terkorban,” katanya.


Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangan wira negara di kediaman Menteri Besar, malam tadi turut memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyelamatkan nyawanya dari terus ditembak musuh.

“Sarjan Hairi telah bertarung nyawa untuk keluarkan saya dari tempat kejadian, saya terhutang budi dan nyawa kepada mereka yang sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya dari tempat kejadian,” katanya lagi. Seterusnya…


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*