Lahat Datu : Anwar Dipedajal Media Asing?![Video]

Bila dulu Dato Sri Najib Kena fitnah pasal isu scopane dan Altantuya tak pulak Datin Seri Rosmah kata macam Wan Azizaah spin ine…Wan Aziizah nak gunakan aura isteri solehahnya ibarat “jaga punggung suami,punggung sendiri rabak”..U Ulang I Saman…U Paling I Balun!!!!

Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia. 
Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3 dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing tersebut. 
Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, ‘menutup’ isu tersebut dari diperbincangkan. 
Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk menuduh laporan mengenai Anwar menjadi ‘dalang’ krisis di Sabah, sebagai ‘tuduhan liar dan tidak berasas’. Kata beliau, “Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.” Malah, Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian telah dibayar oleh Barisan Nasional. 
“Tanya sama Anwar,Apa Sebab goyang, Nanti jawap anwar..Kak jah mengancam”
Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.
Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh Reuters dan Manila Times sebagai penipu. Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan Nasional. 
Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong kerana melaporkan berita palsu. Tidak salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang digelar sebagai penipu dan penerima rasuah. [Artikel Penuh]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*