Lahat Datu : Hina Polis Trend Dalam Pakatan

Di sebalik insiden ‘peperangan’ yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, parti gabungan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin rancak juga mencipta peperangan mereka kepada pasukan keselamatan negara. Terbaru tentulah insiden pencerobohan pasukan militan dari Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Di peringkat awal isu ini Tian Chua tidak segan silu mendakwa isu ini merupakan sandiwara UMNO dan pihak keselamatan negara.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua menuduh parti UMNO dalang disebalik kejadian tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Tian Chua juga tidak segan mengutuk perajurit negara yang sudah terkorban dalam insiden tersebut sebagai mati katak.
Seperti biasa, setiap ahli pembangkang mempunyai idea-idea yang tertentu apabila terjadinya kejadian yang serius dalam negara kerana sikap ingin melepaskan diri mereka dari membantu apatah lagi tidak mahu parti mereka dipersalahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.
Selepas kecoh di sana-sini dengan sikap angkuh Tian Chua tersebut, beliau menafikan pula dalam laman Twitternya dengan mengatakan bahawa dia langsung tidak mengeluarkan kenyataan tersebut walhal sudah terang dan jelas kenyataan telah dibuat., Tian Chua sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
Baru-baru ini, Tian Chua sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa tidak masuk akal untuk anggota polis terkorban dalam menentang militan dari Filipina ini kerana pasukan anggota keselamatan negara sudah ‘puas’ menikmati segala bantuan keselamatan dan alatan-alatan seperti senapang, pistol dan sebagainya.
Ini bukanlah kali pertama Tian Chua menunjukkan kebenciannya kepada pihak Polis. Beberapa tahun lalu Ahli Parlimen Batu ini juga pernah ditangkap dan didakwa kerana menggigit anggota Polis yang sedang menjalankan tugas menjaga keamanan. [Artikel Penuh]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*