Lahat Datu : Jimmy Palikat Ketakutan?!

Biarpun tidak bersama-sama untuk berjuang menentang penceroboh di Lahat Datu, namun sebahagian artis dari Sabah membantah kejadian itu selain memberi sokongan terhadap anggota keselamatan yang berjuang untuk negara.
Penyanyi berasal dari Tambunan, Sabah, Jimmy Palikat, 34, menganggap peristiwa pencerobohan ini membuka mata masyarakat betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan perajurit.
“Saya sangat sedih mendengar ramai anggota polis kita yang mati dibunuh tentera Sulu, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menghormati dan menyanjung mereka yang terkorban sebagai wira negara.
“Selama ini kita selalu mempertikaikan tugas-tugas anggota polis dan tentera, sekarang baru kita sedar betapa besarnya tanggungjawab yang mereka pikul untuk pertahankan negara,” katanya.
Tambah Jimmy, dia sering mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang isu pencerobohan tersebut. [artikel penuh]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*