Lahat Datu : Kebenaran Liputan Kepada Media Asing

Kabinet telah bersetuju untuk membolehkan agensi berita asing terutamanya dari Filipina mendapatkan gambaran sebenar berkenaan tindakan pasukan keselamatan terhadap militan Sulu di Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media asing kini boleh meletakkan petugas mereka di pusat media di Felda Sahabat.
“Anggota keselamatan ini juga boleh mengiringi wartawan asing ke Ground Zero bagi mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai operasi yang berterusan,” katanya kepada pada sidang akhbar di bangunan Umno Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pengganas yang masih berkurung di Sabah didapati berada dalam keadaan kelaparan.
Beliau menambah bahawa semangat mereka juga semakin rendah berikutan ketua mereka meninggalkan Sabah.
Daeng – Diharapkan pemberita asing yang boleh diharap dibenarkan membuat liputan tanpa menaikkan sentimen yang sensitif kepada rakyat Malaysia khususnya yang dikira sensitif sekiranya tanah air yang tercinta ini dicaci dan dicerca oleh media-media asing sebelum ini.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*