Lahat Datu : Kedaulatan Negara lebih Utama Atau PRU13?

Para pembangkang kini semakin mengelupur bila mana mereka di counter balik oleh blogger dan lidah rasmi parti Barisan Nasional. Dahulunya mereka-mereka yang dibayar RM3000 (Blogger PR) yang membuat propaganda HITAM (Fitnah) banyak telah dikantoikan oleh blogger Pro-kerajaan yang boleh dikategorikan “blogger independent” yang berusaha menangkis fitnah dan tomahan oleh suara sumbang pembangkang yang tak pernah kenal erti syukur dan berterima kasih dengan pemerintah.

MALAH kini penyangak DAP rakus dan menyindir Malaysia Negara Paling Lama berteka teki dengan tarikh pembubaran parlimen adakah mereka mengamil kira perihalnya yang terjadi di Lahat datu & Semporna??

Demikian dengan hal ini mereka sekarang gelojoh inginkan pembubaran Parliment tanpa memikirkan situasi tegang di Lahat Datu yang mengorbankan beberapa anggota Pasukan Keselamatan disana..Ini menampakan mereka lebih mementingkan kuasa daripada soal kedaulatan Negara yang kita warisi sekian lama!! – Daeng


Ulasan dari artikel ini :


Pembangkang yang sebelum ini enggan membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal di negeri-negeri dikuasai mereka, hari ini tidak sabar pula untuk menantikan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembubaran Parlimen.

Mungkin bosan menanti tarikh pilihan raya yang belum pasti, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh mencipta sejarah dunia sebagai negara paling lama berada dalam keadaan berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
dan tersenarai dalam Guinness Book of Records sebagai negara paling lama berada dalam teka-teki berhubung tarikh pilihan raya umum.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, kenyataan veteran politik DAP itu kerana pembangkang semakin hilang sabar menantikan tarikh PRU-13 dan terlalu yakin untuk menang.
Bagaimanapun katanya, soal cepat atau lambat sesuatu pilihan raya umum diadakan bukanlah satu masalah selagi ia tertakluk kepada Perlembagaan negara.
Masalah cepat atau lambat pilihan raya tidak menjadi isu pada waktu ini. Hal itu tertakluk dalam rangka perlembagaan negara dan mereka (pembangkang) sebenarnya perlu menghormati perkara itu, katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Kit Siang dalam satu kenyataan yang dipetik oleh lidah rasmi Pas, Harakah Daily berkata, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan disenarai dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang paling lama berada dalam keadaan teka-teki tarikh pilihan raya apabila kempennya telah bermula sejak empat tahun dulu.
Malah, beliau juga mendakwa Najib secara tidak rasminya bukan lagi Perdana Menteri yang sah bermula semalam kerana ia sudah melepasi tempoh pemerintah dengan mengambil kira tarikh pilihan raya umum 2008 lalu. – UTUSAN ONLINE
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*