Lahat Datu : Kerajaan Mesti Hentikan Elaun??!

Kerajaan Malaysia hanya ibarat “melepas anjing tersepit” kerana terlalu berlembut dengan individu yang cuba memporakperandakan Negara Malaysia tercinta. Kini si karpal singh kononnnya cuba menjadi hero akibat dari insident pengganas di Sabah yang melanda negara. Ada suara dari Demonstrasi Action Party (DAP..haha) Cuba mengajar kerajaan cara memerintah pulak.

Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.

Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.
“Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.”
Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.
Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.
“Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah,” katanya. – Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*