Lahat datu : Malaysia Beri 3 Hari Supaya Mayat Pengganas Dituntut Filipina

Teman ada buat blog walking dibeberapa laman blog yang menulis mengecam dan menunjukkan perasaan marah yang melampau-lampau mereka kepada pengganas yang menceroboh Sabah. Ada yang berkata mahu membakar mayat para pengganas..ada yang mahu seret mayat pengganas..campak kelaut..bagi anjing makan..DIGORENG KUNYIT dan sebagainya. 

Gambar Mayat Diseret Dan Tidak Dihormati
Diantara blog yang teman baca itu boleh dikatakan blogger2 yang beragama islam dan mengikut cara islam kita mesti menghormati mayat sungguhpun bertapa kejam dan teruknya individu itu semasa hayatnya. MAAF JIKA TERASA!!

Tentera Kafir Membakar Mayat Musuh
Perkara ini mengingatkan teman kepada perbuatan individu yang kononnya memperjuangkan agama tetapi bertindak seperti orang yang hilang akal dan tidak mengikut lunas-lunas agama. – Daeng

Perbuatan Yang  Ditegah Dalam Islam

Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Februari lepas.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila.
Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat.
“Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi.
“Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu,” katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. – Bernama
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*