Lahat Datu : Pengalaman Penduduk Yang Terperangkap

Kassim tinggal dengan adiknya, Rasidah Ajirul, 42, yang lumpuh di Kampung Tanjung Batu sejak setahun lalu. Sejak melihat kelibat pengganas bersenjata berkeliaran di hadapan rumah, nyawa diserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta.
“Walau apa pun jadi, saya tak akan tinggalkan adik saya. Dia lumpuh. Saya tak boleh fikir nyawa saya seorang. Saya tekad, biar matipun kami tetap akan bersama.”
Itu luahan Kassim Ajirul, 65, apabila berjaya dibawa keluar dari tempat tinggalnya, selepas 12 hari serangan pengganas bersenjata yang mendakwa diri mereka tentera kesultanan Sulu.
“Saya tak berani bergerak. Pengganas bersenjata itu ada di bawah dan sekitar rumah. “

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*