Lahat Datu : Penyokong Pembangkang Pertikai Usaha Kerajaan?!

Antara yang paling Anwar risau, jika Najib benar-benar turun ke bawah, nampak ikhlas dalam mengurus isu – Najib akan mendapat markah politik yang tinggi. Sebab itu, kalangan blog PR sudah mula spin isu yang negatif mengenai insiden Sulu.

Antaranya:-

  • Rakyat tak diberikan bantuan makanan dan kewangan di Lahad Datu, Semporna dan Kunak;
  • Pemindahan orang kampung tidak dilakukan dengan baik;
  • Penggunaan jentera canggih adalah satu pembaziran;
  • Polis bertindak kejam terhadap rakyat Sulu di Sabah;
  • Kutuk Menteri yang terlibat;
  • PAT tidak mengikut prosedur;
  • IGP lemah;
Ini semua modal yang dimainkan di dalam media baru. Samada ianya akan backfire kepada PR, itu belum dalam kajian. Tak penting. Yang lebih penting adalah kutuk dan caci usaha yang dilakukan PDRM dan ATM.
Banyak kita dapat link di internet:- http://mynewshub.my/2013/03/06/penggunaan-jet-pejuang-satu-pembaziran/
  • ENTAH dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila  seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat  pejuang?
  • Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornetdan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.
  • Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?
  • Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.
Apakah perlu untuk mempertikai sampai begitu sekali? Apakah Anwar tidak takut bahawa pendedahan seperti ini boleh BACKFIRE?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*