Lahat datu : Tidak Layak Bergelar Tentera?

Kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak layak mengelarkan diri mereka sebagai ” Tentera Diraja Kesultanan Sulu” kerana tindakan mereka yang ganas dan mengancam kehidupan msyarakat setempat terutamanya masyarakat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata orang yang mengganas tidak layak disamakan dengan satu pasukan yang terhormat seperti tentera.
“Jangan lagi menggelarkan kumpulan pengganas itu sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan masyarakat Sulu di Sabah juga tidak wajar dikaitkan dengan kumpulan itu yang melakukan kejahatan dan bertindak ganas.
“Jahat tiada kaitan dengan nama kaum…jahat adalah atas sebab tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan,” katanya pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat Suluk di sini malam tadi.
Beliau berkata masyarakat Suluk di Sabah boleh berjaya dalam kehidupan jika mereka rajin berusaha.
Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militant dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*