Lahat Datu : Topi Ubat Kerinduan Si Anak

Terubat rindu seorang kanak-kanak yang kehilangan ayah ketika terkorban dalam insiden Pencerobohan Lahad Datu.

Kangar: Topi milik Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, seorang daripada 10 wira negara yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas di Sabah, masih kerap dipakai anak sulungnya, Noor Aqmar Amiruddin, 5, sebagai pengubat rindu.
Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu.
“Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin kerana terlalu rindu,” katanya.
Nor Aziah ditemui di rumahnya, di sini, semalam, ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron yang turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sangat la sedih melihat anak kecil ini kehilangan ayahnya, juga bersyukur kerana ayahnya mati ketika memperjuangkan kedaulatan undang-undang. Semoga roh arwah ditempatkan disyurga.
– Hmetro
Tian Cuar – Sila ambil keluarga ini sebagai “keluarga angkat” untuk meminta maaf kepada semua mereka yang terlibat..sedap2 kau tuduh bapak dia pelakun UMNO!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*