Lahat Datu : TUDM Kesal Keceluparan Khaliid

Memetik Siaran Media yang dikeluarkan oleh Perhubungan Awam TUDM hari ini, berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia amat kesal dengan catatan negatif yang telah dibuat oleh Mejar Khalid terhadap anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya. Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM.
TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu. Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu.
Pihak TUDM telah meminta mana-mana pengguna maya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan komen negatif yang disebarkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melalui sebarang laman sosial.-  terengganu today

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*