Lahat Datu : Zahid Hamidi Mahu Darah Dibalas Darah?!

Keganasan dan tidak perikemanusiaan yang dilakukan oleh pengganas Sulu bakal dihadapakan hukuman setimpal dengan semua yang telah mereka buat kepada para pasukan keselamatan dan emosi rakyat Malaysia.

Tindakkan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menegaskan para pengganas mesti dibicarakan di Malaysia kerana mereka melanggar undang-undang di Malaysia biar sistem kehakiman disini yang menjatuhkan hukuman, Maklum la..filipina AKAN SEMBELIH MEREKA MACAM AYAM..tapi mungkin lain pula nasib mereka disini.

Tidak ada sebarang kompromi untuk membawa pulang pengganas Sulu sebelum tindakan perundangan sewajarnya diambil ke atas mereka, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pihaknya mahu setiap penceroboh terbabit ditangkap dan tidak terlepas daripada kepungan pasukan keselamatan negara kerana tindakan dilakukan mereka melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan.
“Saya mahu tidak ada seorang pun di kalangan mereka harus dilepaskan. Kita tidak mahu mereka terlepas daripada kepungan kita dan kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup”.
“Kita bicarakan mereka ikut undang-undang Malaysia…tidak akan ada kompromi untuk membawa mereka pulang ke Filipina,” katanya pada sidang media di Ipoh. – BH
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*