Langgar Arahan PKP – Enam Beranak Dikompaun RM6000

Gara-gara keluar ke pasar raya beramai-ramai, enam beranak telah dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM6,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut laporan dari New Straits Times, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, mereka yang berusia antara 19 dan 48 tahun, ditahan pada jam 12.45 tengah hari pada hari Sabtu (11 April 2020).

Jelas beliau, antara kesalahan yang dilakukan adalah melanggar perintah seorang pegawai penguatkuasa, memasuki pasar raya dalam satu kumpulan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. Tambahnya, kesemua individu tersebut telah dikenakan dikompaun mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Agus Salim berkata individu-individu tersebut telah diberikan tempoh dua minggu dari tarikh kompaun untuk membayar saman mereka. Beliau turut menggesa orang ramai untuk mematuhi PKP, sambil menambah bahawa polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang melanggar perintah yang dikuatkuasakan untuk membendung penyebaran wabak COVID-19. – sumber

 

(Gambar sekadar hiasan)