Leftenan Adnan Saidi Dalam Kenangan

14hb Feb 2013 genaplah 77thn pemergian Leftenan Adnan Saidi..Alfatihah


Adnan Bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Inilah serba sedikit kisah pertempuran terakhir beliau di Bukit Candu, Singapura. (yg saya petik dari beberapa sumber) 
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk granet dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.di dalam keadaan kacau bilau pertempuran, tubuh Korporal Yaakob(satu-satunya yang selamat) jatuh di atas timbunan mayat rakan-rakan seperjuangannya yang telah mati ditembak tentera Jepun.

Beberapa detik sebelum itu dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Leftenan Adnan dari Rejimen Askar Melayu berserta beberapa orang anak-anak buahnya yang lain akhirnya berjaya ditawan Jepun. Leftenan Adnan berusia 27 tahun ketika kejadian ini berlaku…Sejak pagi semalam lagi tentera Jepun telah menumpukan serangan bedilan bom, mortar berat dan bedilan meriam ke kawasan Pasir Panjang kerana mereka tahu, inilah kawasan terakhir yang perlu mereka tawan sebelum Singapura jatuh ke tangan mereka. Pihak British mempertahankan kawasan secara habis-habisan kerana kawasan tanah tinggi ini menghadap ke arah utara Singapura serta merupakan jalan ke arah Alexandra di mana letaknya depot senjata serta hospital tentera, serta kepentingan lain milik British.[Artikel Penuh]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*