Lepas Ini Gambar Kau Pula?!

Dalam lingkungkan awal tahun ini banyak fake id yang mendakwa penyokong kerajaan ataupun pembangkang, mereka biasa menggunakan bahasa indah dan ayat suci (mungkin bukan Al-Quran) untuk berhujah sedangkan tidak diketahui siapa dibelakangnya, Diminta para pengamal media maya tidak menerima dan menyetujui bait-bait kata dari akaun-akaun ini semborono.

Satu contoh penulis difahamkan terdapat lebih 100,00.00 fake akaun facebook yang didaftar secara mengejut  dalam awal tahun lepas dan mungkin bertambah hingga ke hari ini sehinggakan pemilik facebook terpaksa menukarkan beberapa terma dan syarat untuk mendaftarkan sesebuah akaun baru. 

Gambar Gadis Ini Sedang Dimanipulasikan Oleh Penulis!
Mahukah gambar anda pula selepas ini????!

Ada segelintir individu ini terlibat bukan bertujuan untuk politik semata-mata ada yang menggunakan akaun fake yang hampir seakan-akan sebenar, berhujah, mengemaskini aktiviti, status dan segala aktivitinya seakan-akan orang yang wujud dan betul. Tidak dinafikan juga akaun-akaun ini direka/cipta untuk tujuan peniagaan secara tidak langsung jumlah pengikut (followers) digunakan untuk meraih peluang pengiklanan yang menguntungkan.

Sehubungan itu, daeng menasihati kepada pengamal media baru lebih berhati-hati dalam penglibatan didalam media baru. sungguhpun pihak kerajaan terutaman SKMM dan juga PDRM juga pernah menasihati semua rakyat malaysia, kadang kala perkara yang tidak diduga bakal belaku jika kita tidak mempersiapkan diri jika terjadi pencerobohan hak individu seperti penggunaan gambar ataupun identiti untuk tujuan yang tidak baik seperti penipuan.

Media baru bukan hanya facebook dan blog. Terdapat lebih ratusan medium media baru yang ditawarkan didalam internet diantaranya chatbox, forumotion, twitter, tagged, myspace, friendster, instagram dan beberapa yang agak popular di Malaysia.

Kelantan dibelasah 3-1
Puas hati aku…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*