LGE kena ketuk kepala guna kaki…Padan~!

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH supaya dibenarkan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu Isnin lalu.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Menurutnya, sehubungan itu 10 buah negeri telah pun menggubal undang-undang yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.

“Oleh sebab itu PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut. PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.Seterusnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*