Lianjoi~Jangan Mimpi Boleh Kongsi!!!

Ewah² dia…nak gak pakai ea…ate apa perancangan kamu yang merelakkan kalimah tu di kongsi disabah serawak? Nak memesongkan akidah orang Islam ea?ngaku jelah…kalau bible tulis Allah merujuk kepada Jesus yang ada anak tu..memang ternyatalah itulah agenda kristian!!!!!!!!!!!Penganut kristian di Indonesia jangan ukur banding disini. itu sana punya cerita..puihh…aku taknak dpt komisen dari apa perbuatan yang direncanakan oleh kafir seperti DAP!!!!!!!!

A009

Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

(At-Taubah 9:9)

Beberapa akhbar harian telah melaporkan semalam bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kononnya telah menggesa kerajaan pusat agar membenarkan penganut Kristian di Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.

Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali, dan DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain.

Dalam perutusan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Natal, Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia.

Maka, langsung tidak timbul persoalan penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Sepertimana yang ditegaskan oleh Saudara Guan Eng, penggunaan kalimah “Allah” bukan sahaja biasa digunakan oleh penganut Kristian di negara Indonesia dan juga di negara-negara Timur Tengah, ia juga merupakan satu kelaziman selama berpuluhan tahun di kalangan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Oleh itu, DAP berharap agar hak penganut Kristian di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak akan dinafikan oleh kerajaan pusat.
Zairil Khir Johari
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*