Lim Guan Digesa Minta Secara Terbuka!!!


Ketika admin membelek- belek akhbar Sinar Harian online yang dikatakan kebanyakan orang sebagai lebih condong kepada Pakatan Rakyat sebentar tadi, mata admin tertumpu kepada satu artikel yang boleh diklasifikasikan sebagai “Lawak Hari Ini” daripada Lim Guan Eng.

Dengan keceluparan yang ditampilkan mengenai polemik isu kalimah Allah sebelum ini, Guan Eng bijak untuk melakonkan kesedihan tatkala dihentam dan menyatakan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri.



Sedih Kan? Klik Sini Untuk Bacaan Lanjut

Lim Guan Eng sememangnya cuba menarik rakyat untuk memberikan perhatian tentang isu- isu remeh sahaja bagi melupakan isu besar? Beliau terkilan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri?

Untuk makluman Lim Guan Eng, kami selaku umat Islam di Malaysia lebih kesal dengan sikap “baling batu sembunyi tangan” yang ditunjukkan anda berbanding kenyataan remeh dari Timbalan Perdana Menteri sungguhpun ada kebenarannya.

Baca Selanjutnya
Seharusnya, untuk mengelakkan rakyat merasa kesal berpanjangan berhubung isu kalimah Allah itu, Guan Eng mesti mengulas semula dan menyatakan pendiriannya atas desakan yang dilakukannya sebelum ini. Selepas itu, barulah Lim Guan Eng berhak untuk menyatakan kekesalannya terhadap ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kami umat Islam menuntut agar Lim Guan memohon maaf secara terbuka seperti mana kelantangannya mendesak secara terbuka agar kerajaan pusat membenarkan penggunaan Kalimah Allah kepada kristian.


Credit

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*