Little Ambiga Kata Nik Aziz Mempunyai Nilai-nilai Sosialisme

Sebelum ini Elizabeth Wong atau YB Eli Wong pernah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, selepas kes kontroversi gambar bogelnya. Beberapa artis selepas melakukan “taubat nasuha” turut mengunjungi Nik Aziz untuk mendapatkan pengampunan. Antaranya, Abby Abadi dan Hairie Othman.


Hari ini seorang pelajar yang terlibat di dalam isu Listen … Listen … Listen … turut mengunjungi Nik Aziz Nik Mat di kediaman Menteri Besar. Tidak dapat dipastikan apakah sebab perjumpaan tersebut. Mungkin untuk meminta restu atau mengikut jejak langkah Kakak-Kakak dan Abang-Abangnya sebelum ini untuk meraih keuntungan politik. Bacalah tulisan beliau di laman sosial Twitter yang gembira bertemu “Tok Guru” yang katanya “mempunyai nilai-nilai sosialisme”. Hmmm …




CTS tidak berpihak kepada sesiapa dalam kes yang hanya melibatkan moderator, Syarifah Zohra Jabeen dan pelajar UUM ini yang juga merupakan ahli parti dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM). Kedua-duanya ada melakukan kesilapan. Namun tidak perlulah masalah peribadi kedua-dua individu berkenaan dijadikan isu sensasi negara sehinggakan Timbalan Menteri IPT saban hari meroyan di laman sosial Twitter beliau dengan isu ini dengan perli dan sindiran beliau. Banyak lagi isu negara yang perlu difikirkan. Ini bukan soal parti dan negara. Ini adalah masalah dua individu yang bermasalah!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*