Liyana Jasmay Salah Langkah Ibu Kecewa

Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu,Liyana Jasmay dan pasangannya telah mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.

Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.
Baca sini Ibu kesal gambar ‘mesra’ Liyana Jasmay, tunang tersebar Orang yang dimaksudkan yang menyebarkan gambar mesra Liyana Jasmay dan tunangnya itu tak lain tak bukan ialah team CandidSyndrome yang merupakan jurugambar bagi foto-foto pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin.
Baca Penjelasan Daripada Saiful Nang, Pengasas CandidSyndrome Mengenai Isu Gambar Liyana Jasmay

Betul ke makcik? Atau kerana saya tidak beri hak ekslusif gambar kepada wartawan Berita Harian kegemaran makcik?

Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013?
Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri?
Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tidak pernah diberitahu & tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif B-Pop.
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini. Bersambung..

*DS salah anak makcik gak, yang haram tetap haram tak yah follow orang oversea la sangat, jangan duk salahkan photographer team ke individu ke kalau makcik sendiri tak peringat anak makcik…LJ pun hati2 la..Anda tu role model anak-anak muda gak..Kalau artis buat..bebudak ini lagi la…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*