Lokasi Terkini Low Taek Jho @ Jho Low

Salah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah mendedahkan (dalam perbicaraan SRC International Bhd) bagaimana suspek buruan kes penyelewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) iaitu Low Taek Jho @ Jho Low yang tidak mempunyai batasan dalam berkomunikasi dengan Keluarga DiRaja Saudi.

Jho Low kini menghadapi tuduhan di Amerika Syarikat dan Malaysia atas dakwaan peranan utamanya dalam kes 1MDB.

Polis pernah memberitahu yang mereka tahu dimana lokasi Jho Low dan mereka berharap dapat membawanya kembali menjelang akhir tahun 2019. Wakil Jho Low mengatakan bahawa dia telah ditawarkan suaka, tanpa menamakan negara tersebut.

Pada tahun ini drama pencarian Jho Low semakin dilupakan rakyat Malaysia memandangkan dunia sedang bergelut dengan wabak Coronoravirus yang hari ini sudah menjangkiti seramai 38,789,204 orang dan merangut 1,095,097 nyawa sepertimana yang dilaporkan oleh pihak WHO.

KENALAN DIRAJA JHO LOW  DITAHAN.

Pada 4 November 2017 Putera Turki Bin Abdullah Al Saud telah ditahan atas tuduhan rasuah dalam projek Metro Riyadh dan memanfaatkan pengaruhnya untuk menganugerahkan kontrak kepada syarikatnya sendiri.

Hal ini adalah dari laporan yang didedahkan oleh Portal The Edge bertajuk “Putera Turki yang dikaitkan dengan 1MDB antara yang dituduh melakukan rasuah di Arab Saudi”

 

Putera Turki Abdullah Al Saud (Pakai topi) ini adalah individu yang ‘popular’ dimata netizen terutama penyokong Pakatan Harapan (Terutama Kadir Jasin) kerana ia sedang bergambar bersama Perdana Menteri Malaysia (Ketika itu DS Najib).  Semua maklum Jho Low beraksi sebagai ‘orang tengah’ bagi pertemuan keluarga DiRaja Saudi sepertimana yang diakui oleh DS Najib Razak sendiri sebelum ini dalam pertemuan beliau dengan Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Persoalannya, Jika Putera Turki Abdullah Al Saud juga boleh kena tahan oleh penguasa Arab Saudi (yang baru), Takkan Jho Low boleh dibiarkan lepas bebas? Sepertimana pandangan KPN sebelum ini yang menafikan Jho Low berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

DIMANA SEBENARNYA JHO LOW?

Rakan kompot Jho Low, Putera Turki kini sedang ditahan tanpa bicara disebuah penjara bernama Al Hair. Sebilangan besar individu yang rapat dan berurusan dengan turut ditahan antaranya Faisal al-Jarba dan Mejar Jeneral Ali al-Qahtani (Meninggal dalam tahanan). Lokasi penahanan seperti ini dikuatkan lagi dengan berita rayuan Putri Basma (56 tahun) yang meminta pihak berkuasa Arab Saudi membebaskannya (tahanan tanpa bicara) di penjara Al Hair kerana tahap kesihatannya yang kritikal.

Penjara Al-Hair ini berhampiran Riyadh (Arab Saudi) adalah salah satu penjara paling mewah di dunia. Kemudahan yang ditawarkannya tidak kurang hebatnya dari hotel bintang lima. Penjara itu adalah cara Pemerintahan Arab Saudi untuk memulihkan penjenayah/pengganas. Menariknya penjara ini juga mempunyai kolam renang dan pelbagai kemudahan.

GAMBAR al-hair-prison-of-saudi-arabia 

Mungkin Jho Low sedang berenang kupu kupu bersama sang Putera ketika ini…