LTTE : Surat Mahathir Dalang Bebaskan ‘Tamil Tigers’?

Tular sekeping surat kononnya ditujukan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri (Pakatan Harapan) Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Adakah surat bertarikh 12 Febuari 2020 itu dilihat selaras dengan pembebaskan suspek penyokong LTTE pada 20 Feb 2020 yang mana pihak Peguam Negara yang diketuai oleh Thomy Thomas ketika itu mengugurkan pertuduhan terhadap suspek?

Pembebasan suspek Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) itu mengejutkan ramai pihak lebih lebih lagi ia juga dikaikan dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (DAP)Seremban Jaya, P Gunasekaran.

Gunasekaran, 60, sebelum ini dituduh bersama-sama ahli DAP, V Suresh Kumar, 43; pengusaha restoran, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 28.

Pada 31 Oktober 2019, Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi media sosial atas nama yang berlainan.

Gunasekaran didakwa menggunakan nama ‘DAP Guna Palanisamy’, Subramaniam atas nama ‘US SUBRA SUBRAMANIAM’ dan Suresh Kumar dengan nama ‘RocketSuresh DAP’.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di sini pada 7 dan 11 Oktober 2019 pada masa berlainan iaitu 2 petang, 5.30 petang dan 6 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan LTTE.

Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka seperti mana dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 20 Feb 2020 yang lalu.

Penilaian Tommy itu berlawanan dengan kenyataan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpuas hati dengan siasatan kes terhadap 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara yang akhirnya Tommy Thomas ‘buang kes’ setelah bertahun tahun siasatan ini dibuat oleh PDRM.

Jika perkara ini adalah benar, Mahathir Mohamad sewajarnya menjelaskan kepada rakyat tindakan beliau mendedahkan negara dengan ancaman pengganas.