Luahan Seorang Guru

Saya bukannya pakar analisa politik… Bukan juga ahli politik lagi… Saya juga bukan sangat alim (berilmu) tentang Islam…

Tapi saya hanyalah seorang Bekas Pakar Ekonomi yg memilih untuk tukar profession menjadi seorang guru sejak 5 tahun dulu…
Saya hanyalah:
1. Guru…
2. Businesswoman..
3. Akauntan…
4. Auditor..
5. Penganalisa ekonomi…
6. Pengira cukai pendapatan org..

Dan saya berdebat dgn fakta… Bukannya emosi…
Namun, sekiranya ada yang tidak berpuas hati dgn fakta yg dibentangkan, jangan la pula mengatakan ia fitnah hanya kerana kamu tidak mempunyai ilmu tentangnya…
Belajar la menerima kebenaran walaupun ia pahit, dari digula-gulakan dgn sesuatu yg tidak benar…

Saya tidak pernah mengatakan PR 100% salah… Dan saya juga tidak pernah mengatakan BN itu 100% benar….

Tiada kerajaan yg adil, melainkan kerajaan Allaah… Tetapi jika dinilai antara BN dan PR, adalah lebih baik untuk mengundi BN diatas banyak faktor-faktor yg dpt dilihat oleh golongan yg tidak buta mata hatinya… – Suraya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*