Lucutkan Kerakyatan Leong Pee Koe

643933_430079973739349_734287985_n
Itu sahajalah harga yang perlu dibayar oleh penyokong tegar DAP bernama LEONG PEI KOE, lelaki Cina yang menunjuk isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agung. Itu sahajalah harga yang perlu dibayar oleh penghina Perlembagaan Malaysia, yang telah menetapkan bahawa semua rakyat Malaysia perlu menerima Raja-Raja Melayu sebagai pelindung mereka dan menghormati INSTITUSI KESULTANAN MELAYU di Malaysia. Belum pernah berlaku sikap kurang ajar daripada kaum imigran terhadap institusi kesultanan Melayu di Malaysia, meskipun dalam sejarah tercatat bahawa penaklukan Pahang oleh British pada tahun 1888 bermula apabila seorang lelaki Cina yang bernaung sebagai rakyat British terbunuh di Pahang.

Amat sukar mencari kes-kes bersikap biadap keterlaluan terhadap institusi kesultanan Melayu sebelum tahun 1969 dan 2008 melibatkan kaum yang asalnya adalah imigran yang diberikan status kewarganegaraan atas persetujuan Sultan-Sultan Melayu dalam tempoh hanya 24 jam bagi 1 juta imigran.
Namun apabila melibatkan DAP, sememangnya itulah yang berlaku. DAP seperti yang diketahui merupakan anak didik PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew sewaktu pembentukan Malaysia dan Singapura merupakan sebahagian daripada negara ini, secara berterus-terang tidak mahukan Sultan Melayu. Bahkan segala kesan-kesan peninggalan Kesultanan Melayu di Singapura, semuanya dibantai hapus serta dihancurkan dengan buku-buku sejarah diubah fakta.
Sejarah moden Singapura di bawah pentadbiran dan arahan Lee Kuan Yew menyatakan, SINGAPURA HANYA DITEMUI OLEH STAMFORD RAFFLES pada tahun 1819 walhal pulau berkenaan telah wujud dalam sejarah Tanah Melayu beratus-ratus tahun sebelum ‘ditemui’ oleh Raffles. Bahkan dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang ditulis pada abad ke-17 pun, Singapura telah dinyatakan sebagai di bawah pentadbiran seorang pemerintah bernama Batin Negara. 
Lebih awal dari itu, sultan pertama Melaka, Parameswara atau Iskandar Shah telah berkerajaan di Singapura selepas berjaya menggulingkan Temagi, wakil Raja Siam dari tahun 1389 sehingga 1398 sebelum kemudiannya melarikan diri ke Muar dan Melaka selepas Majapahit menyerang Singapura.
Dengan kata lain, pentabdiran Singapura di bawah Kesultanan Melayu telah dipupuskan dengan penuh jayanya oleh Lee Kuan Yew dan pentadbirannya dengan menjadikan Orientalis Barat sebagai pembuka dan penemu negara pulau itu.
Itu di Singapura. Di Malaysia, selepas PAP dihalau keluar, yang ditinggalkan oleh Lee Kuan Yew adalah DAP. DAP masih juga mendukung cita-cita PAP untuk menghapuskan sama sekali sejarah Melayu dan Kesultanan Melayu di Malaysia. [ Artikel Penuh]
*Pihak yang berwajib harus meneliti penuh akta dan hukuman terhadap manusia yang perilaku begini…Aku tahu ini adalah salah satu tindakkan yang boleh menganggu gugat keamanan negara ini sebelum ini Ngeh Kor Ham menghina umat islam..diikuti Patrix hina Al-Quran..terkini?lepas ini pulak?
TOLONG BERTINDAK TEGAS, TERMASUK apa tindakkan kerajaan terhadap pendemonstrasi yang terlibat semasa BERSIH 2.0-3.0????????Makan gaji buta ke???????Mat Rambo dan MONA FENDY yang ada ILMU HITAM pun boleh dikesan dan ditangkap..takkan la mangkuk hayun yang hanya kerja kilang getah tak dapat tangkap???

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*