Lynas : Nak Saman Pakatan Rakyat?!

Bila cakap pasal Lynas dan pembangkang, sesungguhnya tidak ada tujuan lain, melainkan mahu melihat kilang itu ditutup kalau Pakatan haram ini berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Perkara ini (Pakatan menutup Lynas) bukan penipuan tapi memang kenyataan dan tidak sukar untuk mencari bukti-bukti berhubung kenyataan tersebut yang berlambak di Internet.
Macai Pakatan nak pusing macam mana pun tak guna. Tidak ada cerita pasal tunggu keterangan pakar dulu, inkuiri awam dan sebagainya, yang selalu dan sering disebut ialah LYNAS INI PERLU DITUTUP, period, muktamad dan tidak ada dakwa dakwi.
Lagipun nak keterangan pakar macam mana lagi? 
 Pakar IAEA sendiri pun dah sahkan operasi Lynas itu selamat, dan lebih selamat lagi kalau langkah-langkah penambah baikan yang di cadangkan mereka dituruti Lynas. Ada ke pakar yang lebih tinggi dari itu?Itupun tak cukup baik bagi Anwar dan macai-macainya, maka penutupan Lynas ini tetap dicanangkan.
Bagi mengukuhkan komitmen tersebut, penutupan Lynas ini dimasukkan sebagai antara ‘tawaran’ dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan haram ini beberapa minggu lepas. Perkara ini penting disebutkan sebab royalti minyak untuk Kelantan pun tidak dimasukkan dalam manifesto, tapi menutup Lynas ada.
Tapi agak aneh, belum pun kering dakwat printer Manifesto Rakyat yang dilancarkannya sendiri, Anwar sudah keluar kenyataan berbeza – LYNAS AKAN DITERUSKAN KALAU PAKAR KATA IA SELAMAT.
Asalnya penulis ingat portal pembangkang tersebut mungkin tersilap taip atau Anwar yang disebutkan dalam artikel itu bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim. Tapi setelah ketua Himpunan Hijau yang anti Lynas ini, Wong Tack pun turut bersetuju dengan Anwar, maka, confirmlah.
Tidak usahlah lagi kita cakap sama ada puak ini akan laksanakan ‘tawaran’ Manifestonya atau tidak kalau menang nanti, pilihanraya pun belum, satu dari banyak ‘tawaran’ dalam Manifesto itu dah dimungkirinya. Kalau dah memerintah gamaknya, Manifesto itu akan buat lap punggung Lim Guan Eng dan Rainbownya sahaja.
Persoalan kita, macam mana ini boleh berlaku?
Adakah Anwar terlalu sibuk mengukur dalam dubor Rafizi sehingga dia tidak memeriksa Manifesto itu terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dilancarkan? Penulis rasa itulah yang terjadi, sebab itu Manifesto ini banyak kekurangan dan kelemahannya.
Jadi kepada mereka-mereka (terutama puak kera) yang macam yakin Anwar akan laksana ‘tawaran-tawaran’ dalam Manifesto itu, sila kaji balik keyakinan anda. Ini satu bukti yang cukup kukuh, belum apa-apa lagi pun, dah ada ‘tawaran’ dalam Manifesto yang dimungkirinya.
Nak marah Anwar pun tak boleh, dah nama pun TAWARAN!! Nak saman Pakatan Rakyat pun tak boleh sebab dia pertubuhan haram, tak berdaftar.
Penulis kata ini semua kuasa Allah swt nak tunjuk kepada rakyat Malaysia color sebenar puak ini. Tak Nampak juga, confirm hati sudah gelap. – mykmu.net
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*