Maafkan Kami Mahasiswa!!

Saya ingin memohon maaf kepada para mahasiswa di Malaysia diatas segelintir blogger dan penulis menerkam atas NAMA MAHASISWA dengan panggilan BIADAP , BODOH, BANGANG dan seumpama dengannya.

Lantaran kisah 3 orang mamat yang tidak sayangkan sistem perlembagaan negara hari ini dan sanggup mengadaikan nama Mahasiswa dicemuh masyarakat diatas tindakkan drastik mereka. Cukuplah dengan segala perbuatan berkhemah di dataran dan memekik-mekik menghasut masyarakat di khalayak ramai.

Mohon janganlah ada lain Mahasiswa yang sedemikian rupa lagi di Malaysia, Adakah mereka ini tidak bersyukur hidup dinegara yg aman begini membolehkan mereka memegang gelaran mahasiswa?


Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan – yang menempatkan pejabat pengarah RTM.
Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.
Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.
“Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.
“Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis,” katanya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*