Mahasiswa Diugut Berkempen Untuk PKR?!

Wajah-wajah di atas adalah antara pelajar Universiti Putra Malaysia yang telah diugut supaya terlibat sebagai jentera kempen bagi PKR oleh pensyarah mereka. Malah mereka turut diugut akan dipotong markah jika segala tugasan yang diberikan gagal dilakukan dengan baik.


Difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat oleh 15 orang pelajar ini siang tadi yang mana turut mendapat respon Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khalid Nordin sebagaimana disiarkan di laman portal MyMahasiswa.
Kumpulan mahasiswa ini turut menyerahkan rakaman sulit yang dibuat kepada pihak polis sebagai bukti dakwaan mereka.
Terdapat beberapa rakaman antaranya rakaman suara di mana pensyarah tersebut mahu memotong markah serta rakaman video di mana pensyarah tersebut mengajar dan membawa kumpulan pelajar ini mengantung poster calon PKR dan menurunkan poster BN.



Antara gambar-gambar bukti pensyarah mereka membawa mereka ke bilik operasi PKR dan lokasi-lokasi tertentu untuk operasi mengantung poster calon :


sumber:
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*