Mahasiswa Reformasi Belia Anarki


“Kita meminjam Negara (Malaysia) ini dari anak cucu kita, bila sampai masanya, kita kkan Memulangkannya semua kepada mereka dengan baik dan aman sejahtera untuk suvival yang akan datang” – Daengselili

Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam pembangunan insan terutama golongan belia, tetapi mahasiswa yang majoritinya adalah golongan belia disuntik oleh media-media perosak kestabilan dan babi belaan pakatan pebangkang yang senaja menggunakan darah muda para belia ini untuk berdemonstrasi dijalan yang amat-amat merugikan individu itu sendiri, Kome pikir la baik-baik kerana apa yang telah kerajaan hari ini beri kepada kita khususnya golongan belia adalah lebih baik dan boleh dikatakan TERLALU BERUNTUNG menjadi salah seorang belia atau rakyat Malaysia.

Gelombang sukarelawan yang diperkenalkan oleh kerajaan salah satunya 1Malaysia For Youth (IM4U) , adalah salah satu caranya belia memanfaatkan usia muda dengan menyertainya untuk keharmonian dan keutuhan masyarakat berbilang bangsa yang saling bantu membantu dalam konteks sukarelawan.

Apa faedahnya berdemontrasi? Kehancuran dan kestabilan ekonomi akan sedikit terjejas bila mana kita terlalu mengagungkan pendapat luar yang didalangi oleh pakatan pebangkang yang boleh dikatakan sebagai parasit negara, renungkanlah wahai para belia


Belia Jangan Terpengaruh Dengan Dakyah Pembangkang.

Rentetan perjalanan siri lawatan Anwar Ibrahim ke Sarawak baru-baru ini, penulis berasa amat terkejut apabila dikhabarkan sekitar 1000 orang mahasiswa iaitu separuh daripada pengunjung yang hadir telah menghadiri Perhimpunan Merdeka Rakyat anjuran PKR.
Lebih mengejutkan lagi apabila ketibaan Anwar ke tapak ceramah tersebut (Desa Ilmu,Kota Samarahan) telah disambut dengan laungan “REFORMASI” dengan nada riuh dan meriah oleh mereka.
Apa yang menjadi persoalan disini, mengapa sebegitu mudah mahasiswa-mahasiswi terpengaruh dengan dakyah pembangkang seperti itu? Adakah kerana terpengaruh dengan janji-janji manis yang ditabur oleh Anwar dan pengikutnya?
Dakyah pembangkang yang dimaksudkan penulis ialah, memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mendapat keuntungan politik mereka semata-mata. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan rasa benci di kalangan rakyat dan belia amnya terhadap kerajaan dibawah kepimpinan BN melalui pelbagai unsur yang berbaur fitnah dan dakyah yang direka-reka oleh mereka.Cerita Penuh SINI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*