Mahathir Kekal Digugurkan Dari Bersatu? [Gambar]

Mahathir masih mendakwa menjawat jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meskipun telah melepaskan jawatan itu secara bertulis kepada Presiden PPBM pada 24 Feb 2020.

 

 

Peristiwa itu berlangsung  secara berturut selepas peletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7. Surat peletakan jawatan Perdana Menteri itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya.

“Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini.

“Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Selepas itu Mahathir turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 

 

Surat ini dihantar kepada ibu pejabat, menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu.

 

 

Peletakan jawatan Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu, adalah sah mengikut perlembagaan parti itu, dan telah pun diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau juga berkata, berikutan perkara itu juga tindakan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan pengerusi itu juga sah, sehingga pemilihan baru diadakan.

Bagaimanapun , setelah sekian lama akhirnya, maka Setiausaha Kerja BERSATU, Kapten (B) Muhamad Suhaimi Yahya, mendapatkan surat pengesahan daripada ROS berhubung peletakkan jawatan itu.

Kandungan surat daripada ROS itu katanya, berbunyi “Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ambil maklum Tun Dr Mahathir Mohamad, telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu melalui surat 24 Februari berkuat kuasa serta merta, dan telah dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU, sehubungan peletakan jawatan itu, Presiden BERSATU berhak memangku jawatan itu, sehingga pemilihan diadakan mengikut Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU.

Berdasarkan dokumen dilampirkan iaitu surat peletakan jawatan, Pengerusi ROS mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir adalah sah, dan pemangkuan jawatan oleh Muhyiddin juga sah dan masih berkuat kuasa, selaras dengan peruntukkan Perlembagaan BERSATU.

Kini Mahathir seperti orang hidup dalam buangan, tidak mempunyai apa apa kuasa dan hanya sekadar bercereka rama tanpa sebarang hujah yang boleh diterima.

Malah Mahathir dan individu yang digugurkan keahliannya baru baru ini tidak boleh berbuat tindakan mahkamah terhadap keputusan itu.

Seperti mana yang didedahkan oleh Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas iaitu seandainya Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merujuk apa apa kes berkaitan keputusan parti ke mahkamah secara serta-merta terhenti keahliannya.

 

Perkara ini disebut dengan jelas di bawah fasal 10.2 dan 10.2.6 Perlembagaan BERSATU yang sebelum ini melalui proses pindaan.

Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata semua ahli dan pemimpin harus menyedari perkara itu memandangkan mereka sendiri yang menggubal perlembagaan parti.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak mengulas perkara ini dalam catatan di laman Facebook rasmi beliau bertulis,

“Hari itu, PM ke-7 (Mahathir) jawab wartawan bahawa dia tidak akan gunakan mahkamah untuk cabar keputusan dia dan ‘geng dia’ disingkirkan dari parti PPBM kerana dia kata dia tak percaya mahkamah di bawah kerajaan PN. Ini satu penipuan.”

DS Najib mendedahkan bahawa Mahathir berbohong dihadapan wartawan berkenaan kebarangkalian beliau mencabar keputusan penguguran beliau daripada Bersatu ke mahkamah, Dan Najib mengingatkan kembali para pengikut Facebook beliau berkenaan hal yang sebenarnya tindakan Mahathir itu ada kerana

“Pada tahun 1987 keputusan pemilihan parti dan jawatan presiden UMNO dia dicabar oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah. Akibatnya, UMNO lama terpaksa dibubarkan setelah diharamkan oleh mahkamah tinggi pada tahun seterusnya (1988).,

 

 

“Masa dia tubuhkan UMNO baru untuk ganti UMNO, dia (Mahathir semasa itu Perdana Menteri Ke 4) pinda Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan parti untuk elak dia dicabar dalam mahkamah sekali lagi.”

 

“Pindaan ini secara terang menyatakan keputusan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.”

 

 

“Jika bawa ke mahkamah maka keahlian parti dia akan dibatalkan secara automatik seperti ditulis dalam undang-undang negara serta perlembagaan parti”

Itulah sebab kenapa Mahathir tidak mengambil jalan mencabar keputusan penguguran dirinya kerana secara undang undangnya keahliannya juga akan terbatal secara automatik.

Kali ini Mahathir ibarat ‘Pelanduk lupa jerat’ tetapi jerat tak lupa pelanduk.

 

 

SOALAN CEPU EMAS : “JIKA MAHATHIR MENGATAKAN MUHYIDDIN SEBAGAI DIKTATOR, BOLEH TAK INGAT DIKTATOR MANA YANG UBAH UNDANG UNDANG ITU?”

Benarlah kata Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan

“Eh ! Rupanya sendiri yang pecat sendiri. Jangan salahkan orang lain.”