Mahathir Lupa, Sudah Letak Jawatan Pengerusi? [Gambar]

Beberapa hari ini Malaysia disajikan dengan suasana politik tidak menentu yang ia menjadikan rakyat semakin tertekan lantaran Malaysia masih dilanda Pandemik COVID-19 ditambah pula krisis kepimpinan dan kecelaruan parti “Kerajaan” daripada parti yang diwakil Perdana Menteri Perikatan Nasional iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pada 28 Mei, Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah antara yang dipecat dari PPBM kerana menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional. Pemecatan ini dilaksanakan oleh Kapten Muhammad Suhaimi Yahya yang kini memegang jawatan Setiausaha Kerja Parti. Mahathir Dipecat Dari PPBM https://daengselili.net/mahathir-dipecat-dari-ppbm-surat-rasmi/

Yang menariknya Marzuki Yahya (Pernah diberi jolokan ‘Menteri Sijil Palsu’) yang masih tidak dapat menerima kenyataan yang beliau kini adalah hanyalah mantan Setiausaha Agung parti itu (Ia telah dipecat pada 18 Mac 2020  https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/03/667260/marzuki-dipecat-sebagai-setiausaha-agung-bersatu ) dan surat pemecatan beliau ditanda tangani oleh Presiden PPBM sendiri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Semalam Marzuki, Telah mengeluarkan surat (bagi pihak SUA) untuk memecat Setiausaha Kerja, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya kerana telah memecat Mahathir.

 

Hal yang sama juga telah belaku pada Mantan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir yang masih menganggap dirinya masih Pengerusi Parti itu, sedangkan sebelum ini dia secara rasminya melepaskan jawatan itu, Pejabat Pengerusi Bersatu sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan Mahathir telah melepaskan jawatan tersebut. Difahamkan, perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta iaitu 24 Februari 2020. [Sumber : Mahathir Letak Jawatan]

 

Akhirnya hari ini Setiausaha Agung PPBM yang baru, Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa Kapten Suhaimi Yahya kekal sebagai setiausaha kerja parti itu kecuali dipecat oleh presiden Bersatu.

Dato’ Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa dia dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai setiausaha agung parti itu pada 26 Mac, seminggu setelah Marzuki dipecat dari jawatannya.

Pada Mei 2020 Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pelatakan jawatan Tun Mahathir pada Februari lalu sah.

Ini juga bermakna Tan Sri Muhyiddin tidak perlu berunding dengan Pengerusi Parti untuk melantik SUA baharu kerana jawatan (Pengerusi) tersebut kosong ketika pelantikan baru itu dibuat.

Surat pemecatan Kapten Suhaimi Yahya yang dikeluarkan oleh Marzuki hanyalah layak dibakul sampahkan kerana tidak terpakai dalam pelembagaan mana mana pelembagaan persatuan atau parti kerana Marzuki tidak lagi sah sebagai Setiausaha Agung parti itu.

Mengikut fasal 8, pendaftaran keahlian, semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli ialah di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung. Dan mengikut fasal 16.6, tugas Setiausaha Agung adalah mengelola pentadbiran ibu pejabat dan semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli.

Hari ini Mahathir menunjukan kekuasaan di dalam parti itu dengan mencabar pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyidin agar bertemu dengannya di Ibu Pejabat parti itu untuk menerima surat pemencatannya. Sedangkan semua tahun laporan sebelum ini melaporkan PM sedang menjalani kuarantin kerana salah seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri, telah disahkan positif Covid-19.

PM negatif Covid-19, jalani kuarantin https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/581602/pm-negatif-covid-19-jalani-kuarantin

Ada satu tweet yang ditulis di @chedetofficial oleh netizen berbunyi :

“Kalau Tun seru Presiden PPBM datang jumpa, saya risau Tun kena kuarintin juga sebab semua orang tahu PM kena kuarintin 14 hari sebab Covid19” – @vicemsia

*** Rumusannya, pemecatan 5 ahli PPBM ini akan disahkan oleh Setiausaha Agung @ Presiden akan tetapi tindakan mantan Setiausaha Agung memecat Setiausaha Kerja Parti adalah tidak sah.