makan pencacai royan – fitnah

Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.

Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu “like” akan dibayar, jika banyak “like” maka besarlah bayarannya.
Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.
Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka “berjaya” wujudkan fitnah dan mendapat “like” dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.
Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?”

Itulah dia kata-kata nista dan fitnah dari sekor dari ribuan pencacai yang menuduh melulu.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.