maklumat mamali

Dari maklumat yang di terima dari laman sosial tentang buku ini :- 


Buku di atas adalah buku yang paling mengerikan Pas di abad ini. Pas telah mengharamkan ahli-ahlinya membaca buku itu. Ianya juga diharamkan di jual di tempat-tempat ceramah Pas. Di setiap tempat ceramah, Pas akan kerah unit amal mereka periksa semua gerai-gerai jualan untuk memastikan mereka tidak menjual buku tersebut. Kenapa Pas takut dengan buku itu ? Kerana, kerana, kerana, nak tahu ke ? Kerana buku itu telah mendedahkan bagaimana Tabung Memali diselewengkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Ianya ditulis oleh orang yang pernah bersama-sama menguruskan Tabung Memali. Mereka kutip derma atas nama anak yatim dan ibu tunggal, tetapi mereka gunakan untuk kepentingan mereka. Bukan seribu, bukan dua ribu, malah mencecah jutaan ringgit. Di dalam buku itu juga terdapat kisah bagaimana pimpinan Pas negeri Kedah menipu balu-balu mangsa berhubung yuran guaman. Sebaik sahaja Kerajaan Malaysia setuju membayar pampasan kepada balu-balu mangsa, tiba-tiba wakil Pas Kedah muncul minta RM 3 ribu seorang dari balu kononnya untuk bayaran guaman dan saksi. Selepas itu, apabila peguam datang menyerahkan cek kepada mangsa, peguam tersebut menjelaskan yang mereka tidak pernah meminta bayaran RM 3 ribu seorang kerana segala kos guaman telah dijelaskan. Selepas itu Pas Kedah pusing cerita pula, dari RM 3 ribu mereka minta RM 1500 seorang daripada balu untuk bayaran kepada saksi. Pulak dah.. Mula-mula RM 3 ribu untuk bayar peguam, bila dah kantoi jadi RM 1500 pula untuk bayaran kepada saksi. Akhirnya semua balu beri RM 1500, kecuali seorang yang beri RM 500 sahaja.

Berikut adalah kenyataan Media beliau 
KENYATAAN MEDIA.


[PENULIS BUKU AIR MATA MEMALI]

Saya Zainal bin Ismail atau nama pena C.N Al-Afghani terasa amat kesal sekali dengan tindakan lujnah Keselamatan PAS Negeri Kedah yang telah memberi taklimat mengizinkan anggotanya mengambil tindakan kekerasan pada saya.

Langkah yang diambil ini saya anggap sebagai satu usaha menakutkan saya dalam mendedahkan penyelewengan yang belaku dalam Tabung Memali dan juga beberapa isu penipuan yang melibatkan ibu tunggal serta anak yatim Memali.

Hasan bin Abd.Razak yang bertanggung jawab dengan arahan tersebut,sepatutnya bersikap lebih professional.iaitu secara serius menubuhkan jawatan kuasa menyiasat segala pendedahan saya dalam buku Mohd Sabu Air Mata Memali itu samada benar atau fitnah.

Sekiranya saya membuat fitnah,sila ambil tindakkan makamah terhadap saya.Jika fakta itu benar,individu yang terlibat menipu ibu tunggal dan anak yatim harus diambil tindakan.Kenapa pula kesalahan itu diletakkan pada saya dan cuba bertindak ala samseng.

Kalau Hasan bin Razak tidak berpuas hati dengan saya,beliau boleh bersemuka dengan saya bagi mendapatkan penjelasan.Isu yang saya timbulkan ini serius kerana melibatkan parti PAS.

Apakah beliau fikir,dengan arahan itu dapat menyelesaikan masalah berbangkit.Kalau beliau mengangap pendedahan buku itu sebagai fitnah dan beliau tidak mahu membuat laporan polis,saya mencabar beliau untuk membahaskan isu pendedahan buku ini di pentas terbuka.

Jika beliau enggan,ertinya beliau setuju dengan pendedahan dalam buku itu dan beliau harus menarik balik arahannya untuk mengambil tindakkan kekerasan pada saya.Apakah motif sebenar beliau membuat arahan tersebut dengan membelakangkan undang-undang.

Saya juga hairan kenapa Hasan bin Razak nampak begitu serius mempertahankan isu penyelewengan dan kezaliman terhadap ibu tunggal dan anak yatim.Dimanakah perjuangan sebenar beliau untuk menegak keadilan untuk ummah.


Sumber :-
UPDATE  ….


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.