Malaysia Tolak Genjatan Senjata


Malaysia menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui ‘tweet’nya, Khamis.


Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.

“Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,” katanya melalui twitter.

Dalam pada itu juga Perdana Menteri telah melakukan lawatan ke “ground zero” bagi mendapatkan sendiri maklumat terkini tentang situasi dan juga suasana di daerah terbabit.

Dalam pada itu juga pihak kerajaan telah menuntut supaya kesemua militan menyerah diri tanpa syarat bagi mengelakan lebih banyak lagi kejadian tumpah darah berlaku di sana.


Perdana Menteri juga telah mengadakan sidang media khas bagi menuntut pihak tentera militan supaya keluar dari bumi Sabah atau menyerah diri tanpa syarat.



1) Perdana Menteri berjumpa dengan pemimpin Sulu di Tawau dan mereka berikrar kerjasama dengan kerajaan.

2) Aquino pula telefon dan tanya reaksi Jamalul Kiram mahu gencatan senjata. Mereka perlu letak senjata tanpa syarat.

3) Soal Sabah sebahagian Malaysia ia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana Sabah sah sebahagian Malaysia. Negeri Sabah adalah milik Malaysia buat selama-lamanya dan kerajaan bertegas dalam hal ini.

4) Kerajaan Malaysia akan melakukan apa saja untuk mempertahankan negeri Sabah dari ancaman luar.

5) Perdana Menteri, Dato Seri Najib isytihar Wilayah Kudat sehingga ke Tawau di timur Sabah sebagai kawasan khas keselamatan.

6) Operasi Ops Daulat tetap diteruskan sehingga penceroboh meletak senjata dan keluar dari negara ini tanpa sebarang syarat.

7) Malaysia cukup hormat prinsip kemanusiaan dan bertindak bila mereka bunuh polis. PM juga memberi amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*