Mana Geran Tanah Kami????? Penipu!!!!!!


“Kami mahu hak kami! Kami sudah jelaskan bayaran hampir RM2000, sepertimana yang telah diarahkan. Mana geran tanah kami?”. Itu antara luahan kecewa hati Mohd Daud Mohamad, 69, peneroka yang sudah puluhan tahun tinggal di sini.

Bukan itu sahaja malah 49 orang peneroka lagi mengalami masalah yang sama. Katanya, dia sudah jelaskan bayaran itu sejak tahun lepas lagi, tetapi hingga sekarang, dia belum menerima geran tanah tersebut.

“Kami di sini semuanya bimbang. Hasil dusun yang kami usahakan puluhan tahun yang lalu, berkemungkinan satu hari nanti dituai oleh orang lain,” katanya.

Justeru Mohd Daud mengharapkan geran tanah itu diberikan segera bukan sahaja kepadanya malah kepada peneroka lain yang jelaskan bayaran tersebut.

“Kami bergolok bergadai jelaskan bayaran itu tetapi sehingga ke hari ini, sudah hampir lapan bulan menunggu geran tanah tersebut. Jadi janganlah aniayai kami yang sudah uzur ini,” katanya. Seterusnya..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*