Mana Haluan PAS Jika Karpal Istihar Perang?

PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. 
Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS.
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.
PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline.
Nasharudin menegaskan kelantangan DAP bersuara dalam isu membabitkan kepentingan Islam, terutama mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu menjadi kewajaran untuk PAS mengkaji semula tahaluf siyasi mereka.
Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.
Antara syaratnya ialah kita jangan mudah lunturkan dasar Islam, jangan biarkan mereka yang bertahaluf mudah sangat mengusik Islam, hendak cubit Islam, tetapi saya lihat mutakhir ini ia berlaku.
Jadi bagi saya, jika benda itu berlaku, ia melanggar syarat walaupun ada tahaluf dan apabila sudah melanggar syarat ia harus dikaji semula.
Jika tidak ditulis dalam syarat tahaluf, tetapi secara umumnya jika orang lain itu menegur agama kita secara terbuka dalam bentuk cabaran, saya rasa tanpa tahaluf pun orang Islam kena bangkit nyatakan pendirian, katanya.
Nasharudin berkata, dalam isu kalimah Allah, PAS perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya yang jelas kerana kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kepemimpinan pakatan pembangkang lain jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
Sementara itu, ketika sesi temu bual eksklusif secara online bersama pembaca BH, beliau turut menjawab beberapa persoalan membabitkan Anwar sama ada pemimpin pembangkang itu turut campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran PAS.
Beliau berkata, kemungkinan itu memang ada dan ia tidak sewajarnya berlaku dalam PAS.
Timbul beberapa isu berkaitan Anwar Ibrahim yang menimbulkan keraguan. Saya berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya adalah calon terbaik untuk memimpin, katanya. – BH

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*