Tuesday, August 20, 2019

Mangsa ‘Ratah’ Exco DAP Kini Trauma

Negara digemparkan dengan laporan Polis oleh seorang wanita pembantu rumah warga indonesia berumur sekitar 23 tahun dirogol oleh seorang pemimpin politik dari DAP –  DUN Tronoh (Perak) yang juga turut memegang potfolio Exco didalam kerajaan Negeri Perak.

Mangsa membuat laporan Polis pada Isnin lalu dikatakan telah dirogol oleh suspek di rumahnya beralamat di Meru Raya, Ipoh, Perak. Suspek telah ditahan pihak Polis pada Selasa lantaran laporan yang dibuat oleh mangsa, dan beliau dibebaskan dengan jaminan Polis setelah keterangan diambil. Suspek bakal berdepan dengan penjara maksimum 20 tahun sekiranya didapati bersalah diatas tuduhan tersebut.

Dipetik dari portal berita Indonesia news.detik.com menyebut :

“Kementerian Luar Negeri (Indonesia), melalui perwakilannya di Malaysia, telah menemui seorang warga negara Indonesia (WNI) yang dilaporkan menjadi mangsa rogol pemimpin politik Malaysia Paul Yong Choo Kiong. kini mengalami trauma.” – news,detik.com

Didalam laporan tersebut memberitahu mangsa kini dilaporkan secara fizikalnya adalah normal cuma beliau dikatakan trauma akibat ‘diratah’ oleh ahli politik daripada Parti  dominasi pemerintah negara ini Parti Bertindak Demokratik atau DAP yang semua didominasi oleh pemimpin berbangsa cina.

Demi menjaga keselamatan mangsa, beliau kini ditempatkan di sebuah bilik di pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia atau KBRI Kuala Lumpur,

Gambar hiasan : Stockvector