Mangsa Rogol Kenapa Hantar Ke Singapura?

Maaf ea kalau kaum ibu/wanita sentap dengan artikel ini cuma..teman nak kongsi skit pasal hal ini..Di India terkenal dalam melahirkan ramai doktor-doktor yang berstatus terbaik dunia tetapi kenapa nak dicampak ke Singapura? Teman bukan nak cerita pasal gadis tersebut tetapi kenapa nak tahu gak dihantar kemari (Singapura)

Adakah disana tiada doktor yang hebat seperti yang digambarkan? Publisiti negara? senaja dihebahkan untuk menyemarakan situasi di Malaysia? Mungkin aku tak tahu apa yang bagusnya di hospital singapura tu tapi sanggup depa terbangkan pesakit tu dari jauh, yang aku baca dari permerhatian aku yang terhad ini aku tak nampak la hospital tu leh selamatkan gadis tersebut selepas 3 pembedahan di New Delhi, tak salah berusaha tapi korang semua tahu kan akibat kejadian itu seorang polis mati dalam rusuhan yang membantah kejadian itu..korang nilaikan balik dan aku jujurnya bersimpati kepada mangsa tapi tolong jangan jadikan mangsa menanggung lebih dari apa yang dia tanggung semasa menjadi mangsa kerakusan manusia, Yang patut mati siapa??????????

SINGAPURA – Penuntut perempuan yang menjadi mangsa geng rogol di Delhi, India dua minggu lalu, meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura jam 4.45 pagi tadi.

Menurut kenyataan hospital, mangsa meninggal dunia dengan keluarganya berada di sisi dia.

“Gadis malang berusia 23 tahun itu dibawa ke Singapura semalam bagi menjalani rawatan selepas menjalani tiga pembedahan di New Delhi.”

Keadaannya semakin kritikal semalam ketika menjalani rawatan.

“Pesakit berada dalam keadaan sangat kritikal dan dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth,” kata Ketua Eksekutifnya, Kelvin Loh.

“Gadis itu mengalami kegagalan organ yang teruk berikutan kecederaan serius pada badan dan otaknya.

“Dia tetap berjuang untuk terus hidup tetapi kemungkinan trauma yang dihadapi terlalu teruk dan badannya tidak mampu lagi bertahan,” katanya.

Insiden itu mencetuskan kemarahan rakyat di India, yang turut mengadakan bantahan sehingga menyebabkan seorang pegawai polis mati.

Setakat ini, enam lelaki ditangkap dan dua anggota polis digantung berikutan insiden mangsa dirogol dalam sebuah bas yang sedang bergerak pada 16 Disember lalu.Sinar

Imbas~SINI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*