Manifesto Bukan Janji

Berbekalkan mimpi indah untuk diharung sepanjang tempoh PRU13, pakatan pembangkang telah melancarkan manifesto yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat, manifesto yang merupakan janji manis yang tidak akan mereka tunaikan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyifatkan apa yang mereka bentangkan baru-baru ini sekadar manifesto baru di sebalik janji-janji lapuk mereka.
“Nampak baru tetapi dari segi isi kandungannya sebahagian besarnya telah disebut mereka sebelum ini, kebanyakannya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN.
“Malah pandangan pakar ekonomi, jika manifesto pakatan ini dilaksanakan, negara kita akan terjerumus muflis dalam masa dua tahun.
“Contohnya, dalam cadangan mereka iaitu gaji minima. Nampak di mata rakyat memang bagus tetapi hakikat dari segi ekonominya secara tidak langsung pelaburan asing ke dalam negara akan terjejas, kemungkinan juga kos asas harian juga akan meningkat jika gaji minima ini dilaksanakan di semua sektor, pasti akan memberi bebanan kepada banyak pihak termasuk kepada penguasa IKS dan sebaganya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong mengulas janji-janji baru melalui manifesto terbaru pakatan pembangkang.
Tambahnya, rakyat sudah bijak memilih dan menilai parti yang ada kerana janji-janji lama pihak pakatan pun masih tidak tertunai, malah kini boleh berjanji bermacam-macam lagi yang tidak boleh dilaksanakan mereka.
“Malah pemimpin kanan pakatan pembangkang iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan `manifesto bukan janji’, habis tu apa maknanya manifesto tersebut. Adakah ianya satu perkara yang lunak dibaca tetapi dari segi realitinya, ianya merupakan satu perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh pimpinan pakatan pembangkang.
“Saya yakin, apa yang terkandung dalam manifesto tersebut sekadar gula-gula politik untuk mereka menang dalam pilihanraya, sebaliknya satu yang sukar untuk mereka laksanakan kalau mereka menang pilihanraya,” tambahnya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*