MANIFESTO PRU 12 OLEH PKR YANG MASIH TAK TERTUNAI HINGGA NAK BERTEMU PRU 13 DAH NI..
MASIHKAH KAU INGAT? PAS/ PKR SELANGOR
Urustadbir Berwibawa
- Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
- Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri (dalam proses )
- Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
- Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses – agaknya )
- Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
- Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)
Sosial dan Kebajikan Rakyat
- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
- Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti (belum laksana)
- Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
- Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
- Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
- Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
- Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
- Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
- Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)
Kesihatan Rakyat
- Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
- Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
- Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
- Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas (belum laksana )
Ekonomi Rakyat
- Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
- Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
- Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
- Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
- Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
- Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)
Keselamatan Rakyat
- Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
- Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
- Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana – mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)
SUMBER: Taiping Central
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Leave a Reply