Masyarakat Mohon Bantuan Cari Orang Ini!

Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mempertahankan tindakan polis menahan beberapa aktivis pembangkang sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan masyarakat.

Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era ‘mahathirisme’ dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa. 

Polis kini tengah mengesan aktivis dan pemimpin Bersih 2.0 Hishamuddin Rais.
Hishamuddin merupakan satu-satu suspek yang belum diberkas walaupun waran tangkap sudah dikeluarkan berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 petang tadi.

Empat lagi yang lain—iaitu Mohd Tamrin Abdul Ghafar, Harris Fatillah Mohamed Ibrahim(Haris Ibrahim), Muahmmad Safwan Anang @ Talib, and Chua Tian Chang(Tian Chua) telah diberkas tadi.(semalam)
Mengikut satu kenyataan akhbar, timbalan ketua polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh, waran tangkap di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dikeluarkan oleh mahkamah majistret.

“Penama di para 1 hingga 4 waran tanggap telah disempurnakan dan dikehendaki hadir mahkamah Seksyen Jenayah 1, Kuala Lumpur pada 29 mei 2013 jam 8.30 pagi ini. – Matkilau
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*