Monday, November 18, 2019

Matawang, Saham Malaysia Merudum – Najib Razak

Malaysia diambang kejatuhan paling teruk dalam sejarah negara. Mungkin ramai tidak dapat memahami apa yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak

“Sekian lama, matawang dan prestasi ekonomi kita ada ketergantungan besar dengan kenaikkan dan penurunan harga minyak dunia. Jika harga minyak naik, bursa saham serta matawang Ringgit akan naik dan sebaliknya.

Itulah sebab ekonomi Malaysia dan matawang kita menerima kesan besar pada tahun 2015 dan 2016 apabila harga minyak dunia jatuh 80% pada masa itu. Tetapi ini tidak berlaku lagi di bawah PH.

Harga minyak dunia sudah naik 35% sejak permulaan tahun, ekonomi tetapi matawang dan indeks Bursa kita jatuh pulak. Sejarah dicipta lagi oleh kerajaan PH.” – DS Najib Razak (Mantan Perdana Menteri Malaysia) 

Kenyataan ringkas ini diambil daripada laman sesawang Facebook rasmi beliau yang mana beliau mengunakan laporan daripada Bloomberg. Admin cuba ringkaskan sedikit secara bahasa ‘orang biasa’ iaitu kejatuhan harga minyak dunia hari ini memberi kesan yang amat buruk kepada Malaysia selaku negara yang kini kembali menggunakan sumber petroleum sebagai pendapatan utama negara meskipun ditampung oleh Cukai SST (Sale and Services Tax).

Apa kaitannya minyak dengan cukai SST?!

Sebelum ini SST diperkenalkan menerusi Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. SST berkuatkuasa sehingga digantikan oleh GST pada 1 April 2015, dan dikembalikan bermula 1 September 2018 oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan kehilangan sumber daripada penukaran cukai ini dan kini kerajaan ‘berharap’ dapat mengumpulkan sejumlah RM2100.000.000.00 (RM21Bilion) dengan SST. Malangnya SST sebuah sistem cukai yang lama dan mempunyai kelemahan yang sangat ketara berbanding GST (Good and Services Tax). Dengan SST Kerajaan kehilangan sumber cukai lebih daripada RM2Bilion setiap bulan lantaran ketirisan dan sikap tidak bertanggungjawab pembekal dan pengilang yang melaba untung dengan tidak jujur mengisthiharkan urusan akaun mereka (zaman GST setiap bulan kena lapor pada KASTAM, Zaman SST tidak perlu).

Kehilangan ‘wang rakyat’ ini adalah kesalahan yang patut ditanggung oleh kerajaan yang sebelum ini belagak pandai dalam urusan menguruskan negara ini. Pelbagai insentif yang dapat disalurkan kepada rakyat kini terkesan kerana kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan yang stabil dan kukuh yang amat menyedihkan alasan ‘wang dicuri’ ditujukan kepada Mantan Perdana Menteri sedangkan negara hilang hasilnya ketika hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang telah memansuhkan GST dan menggunakan sistem cukai lapok dan lemah iaitu SST.

Pihak KASTAM adalah sebuah badan awam yang sepatutnya lebih peka akan perkara ini, mengapakah tidak ada pihaknya memberi teguran yang munasabah terhadap ketirisan sumber wang negara ini? Semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. KASTAM dilihat tidak berfungsi dengan baik sehingga ke Kerajaan Pakatan Harapan. Apakah tindakan Kerajaan Baru terhadap agensi ini?!Pastinya tidak ada sebarang tindakan kerana mereka sama sama cuba membodohkan rakyat sedangkan hari ini ilmu pengetahuan rakyat kian meluas.

Hasil Minyak Untuk Negara?!

Malaysia negara pengeluar minyak petroleum, Ya tetapi minyak petroleum yang dijual oleh negara adalah dari kualiti yang baik bukan semata mata untuk petrol sahaja. Malaysia membeli minyak petrol daripada luar untuk kegunaan dalam negara.

Apabila harga minyak mentah (Petroleum) dunia naik, kerajaan dapat manfaatnya tetap lantaran harga apungan setiap minggu (sama macam Barisan Nasional buat) harga petrol distesyen minyak juga menunjukan perubahan. Tetapi harga petroleum yang dijual tidaklah seperti harga seliter petrol yang kita beli distesyen pam minyak.

Seperti ulasan DS Najib diatas, Hari ini harga minyak dunia naik 35% (Jatuh teruk pada zaman BN 80%) dalam negara mengaut manfaat dari kenaikan  harga minyak mentah ini. Negara diancam dengan ketidakstabilan mata wang dan indek saham negara kini dalam keadaan yang stabil. Keadaan ini adalah menguntungkan beberapa sektor tetapi secara amnya ia merugikan negara malah keadaan ini sekiranya berterusan negara bakal kehilangan lebih ramai pelabur asing yang kini telah khuatir terhadap pasaran saham dan tahap ekonomi negara ini yang tidak dapat diduga lantaran suasana politik negara tidak stabil (konon Anwar Ibrahim akan dilantik jadi Perdana Menteri) dan juga ditambah oleh ‘perbuatan perbuatan’ tidak bertanggungjawab dan tidak menguntungkan negara seperti yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Joseph Lim Guan Eng.

Pelabur asing lari, Apa jadi?

Lantaran tidak mahu menanggung kerugian berterusan akibat daripada keadaan begini, pelabur asing mula keluar dari negara ini dan keadaan ini bakal melahirkan seribu satu masalah. Jika dilihat secara umumnya pelabur asing banyak memberikan manfaat kepada industri didalam negara ini terutama dalam sektor pengilangan. Jika pelabur lari, maka kilang akan ditutup (biasanya secara berperingkat) dan makin ramai akan menjadi penganggur dan bila ramai rakyat ‘lapar’ maka kes jenayah akan meningkat berlipat kali ganda. Semasa keadaan itu alasan ‘Ini salah Najib’ pastinya tidak boleh lagi digunakan, mungkin Kerajaan akan mengesyorkan kepada para penganggur mencari kerja lain sedangkan lambakkan kini yang sedia ada tidak terurus dengan baik memandangkan Kerajaan turut menyumbang peratusan penganggur didalam negara ini dengan mengurangkan 1% jumlah penjawat awam yang berjumlah 15,000 orang dalam setiap tahun.

Kepada yang bakal buang dan dipecat, persiapkan diri anda!