MBSA Tersalah Dakwa Jakel Shah Alam Curi Elektrik?

Tular dilaman sosial status yang dibuat naik oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam membuat perobohan binaan milik Jakel Realty Sdn Bhd (cawangan Shah Alam). Dalam status yang dimuat naik oleh laman rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada jam 2.20 petang 13 Mei 2020.

Sehubungan itu pihak Jakel menafikan tuduhan MBSA kononnya stuktur binaan Jakel itu menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini.

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

“Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini,” katanya sumber : Sinar Harian. [Link]

 

Hal ini dijawap secara bertulis oleh pihak Jakel di laman rasmi perusahaan itu bersama dengan lampiran bill elektrik yang sah daripada aplikasi Tenaga Nasional Berhad.

“Tular pada hari ini di mana pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah memuatnaik status berunsur tuduhan ke atas pihak Jakel bahawa pihak Jakel telah mendirikan satu pencawang elektrik secara tidak sah di atas tanah milik Jakel di seksyen 7 Shah Alam.

Di sini kami sertakan bil elektrik bulanan yang sah kepada pihak TNB, dan ini membuktikan kami telah mendirikan pencawang elektrik mengikut garis panduan pihak TNB.

Diharap, penjelasan ini dapat menjelaskan tuduhan yang telah menjatuhkan kredibiliti Jakel sebagai peniaga yang telah mendapatkan kebenaran sah dari TNB dan di serta kan bil Elektrik disini utk pengesahan. Terima kasih” 

– Sumber Facebook Jakel [Link]

Berkenaan soal khemah yang didirikan sisitu kononnya yang didakwa tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, Mohamed Izani (Pengarah Jakel Shah Alam) menjelaskan khemah itu bukan milik pihaknya.

“Khemah tersebut milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bharu, permit untuk menyambung tak dapat ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pihak kontraktor tak sempat untuk runtuhkannya,” katanya.

INFO TAMBAHAN : Ada yang memaklumkan kepada admin ada unsur usnur kianat terhadap Jakel yang melibatkan pihak berkuasa Shah Alam? Benarkah? Kita tunggu laporan penuh.