MELAYU itu YAHUDI????

Muka Iras Melayu Tak???
Semenjak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu sensitif walaupun ia hanya desas desus yang mengatakan tentang bangsa Melayu, ketuanan Melayu atau Raja-raja Melayu Berpelembagaan yang perlu dihapuskan dari catatan sejarah. Ia keluar dari mulut seseorang dari kalangan bangsa Melayu itu sendiri. Nampaknya bangsa kita sendiri muntah apabila mendengar perkataan ‘Melayu’. Kenapa? Kalau bukan melayu kita hendak dipanggil apa?

Kita tidak sayang kepada yang bernama Melayu bahkan sebenarnya kita tidak sayang terhadap diri sendiri. Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap kita sehingga kita sangat benci kepada Melayu bangsa kita sendiri? Anda tahu jawapannya sebab anda adalah di kalangan bangsa ini. 
Saya rasa ramai yang tidak setuju sebab ramai melayu kita terlalu fanatik terhadap agama Islam dan agama lain pun ramai yang fanatik terhadap agama masing-masing bersama dengan bangsa masing-masing. Kalau bangsa Cina terkenal dengan agama Buddha, bangsa India pula terkenal dengan agama Hindu dan bangsa Melayu terkenal dengan agama Islam. Pada pandangan saya, ia tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk menjadi satu bangsa.
Baiklah, biar saya memudahkannya menjadi satu perkara yang paling ‘simple’. Jika kita menggunakan nama Bani Jawi, kerana jawi adalah yang sebenarnya menurunkan keturunan bangsa Asia seluruhnya tidak kira bangsa Melayu, Jawa, Banjar, Bugis, Cina, India, Serani, Kadazan, Dusun, Dayak, Melanau, Suku Kaum Lun Bawang berasal dari kawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan timur, bangsa Brunei ialah himpunan dari turutan genetik Kuki-Chin-Mizo. Lain perkataan ‘Jawi ialah bonda kepada bangsa-bangsa Asia’. 
Tetapi yang sedihnya apabila kita hendak memasyhurkan Bani Jawi yang beragama Nabi Ibrahim, ada pula golongan yang irihati dan telah cuba untuk menyekat, memadamkan tulisan jawi bahkan kalau boleh bangsa ini tidak pernah wujud langsung. Bangsa dari jurai keturunan Nabi Ibrahim melalui bonda mereka Keturah Kanaan. Paling menyayatkan hati ialah orang yang cuba memadamkan bangsa Jawi ialah seorang Melayu. [SUMBER]
Daengselili = Seram Sejuk aku!!!!!!!!
Artikel ini memang ada berbau suara pakatan royan tapi infonya telah dimanipulasikan oleh dia :))

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*