Monday, October 21, 2019

Mendahulukan Rakyat Model Transformasi UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema Mendahulukan Rakyat sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.

Tujuh Elemen penting tersebut ialah:
  • Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
  • Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
  • Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.
  • Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
  • Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
  • UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan
  • Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.

Peranan UMNO Merubah Orang Melayu

Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:
  • Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
  • Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
  • Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
  • Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Leave a Reply