Mengapa Anwar tak saman Murad Khalid – Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad 


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak faham mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.



Beliau turut tertanya-tanya mengapa Anwar tidak mengulangi tindakan sama yang pernah dikenakan terhadap beliau sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara tersebut.

Pada masa sama, beliau juga mempersoalkan tindakan berdiam diri Anwar tidak menyaman ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang kini lantang memperjuangkan isu tersebut.

“Beliau pernah saman saya RM100 juta disebabkan itu saya tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau disebabkan kes ini dirujuk ke mahkamah.

“Ternyata, Anwar amat prihatin dengan reputasinya biarpun saya hanya mengulangi penghakiman oleh mahkamah ia dianggap sebagai satu kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Peraduan Mengarang Esei 2012 – Memupuk Minda Bakal Pemimpin di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Ekesekutif Perdana Leadership Faundation, Tan Sri Nik Mohamed Yaacob dan Presiden Maybank, Datuk Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau mengulas tindakan berdiam diri ketua pembangkang itu mengenai pendedahan Abdul Murad baru baru ini serta dakwaan Ummi Hafilda bahawa beliau menyimpan dan memiliki bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar serta kekayaan abangnya selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.