Menteri Pertahanan Tidak Amalkan ‘Nepotisme’

VIRAL Salinan surat sokongan yang ditulis oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz yang merujuk kepada pemintaan agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga, tular di media sosial semalam.

Surat berkenaan ditujukan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertarikh 05 Jun 2020, mengandungi tulisan tangan Ismail yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan mengatakan dia bersetuju cadangan itu.

Menurut DS Ismail Sabri seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini (sumber), beliau hanya menyatakan sokongan tetapi tidak membuat langkah susulan mengenai pelantikan anak kepada Timbalannya kerana jelas ia adalah amalan nepotisme.

Akhirnya Syarikat (Pharmaniaga) kemudian melantik tiga anggota baru, seperti yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 3 Ogos lalu. Mereka adalah Azhar Ahmad, Najmil Faiz Mohamed Aris dan Zulkifli Jafar.

DS Ismail hanya memberikan sokongan atas kapasiti pengalaman beliau (Ikmal Hazlan Ikmal Hisham) dalam perniagaan akan tetapi tidak melantiknya. Jadi surat yang ditularkan tersebut adalah semata mata untuk memburukkan nama DS Ismail Sabri.