MERDEKA

PERJANJIAN KEMERDEKAAN PESEKUTUAN TANAH MELAYU DITANDATANGANI


Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak baginda Queen Elizabeth II pada 5 Ogos 1957. Upacara bersejarah yang berlangsung di King’s House, Kuala Lumpur ini menyaksikan seramai 15 orang penandatangan utama yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (selain daripada Yang di-Pertuan Besar) serta saksi-saksi kepada penandatangan-penandatangan telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 salinan dalam Bahasa Melayu dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pena khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957. Menurut Artikel 3 perjanjian ini, menyatakan bahawa mulai 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuhkan menjadi satu Persekutuan Melayu baru yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau dalam Bahasa Inggerisnya, The Federation of Malaya. Perjanjian ini mula berkuatkuasa ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 apabila Duke of Gloucester dengan rasminya mengugurkan kuasa dan wibawa penjajah British.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*